Thursday, 13 December 2012

Wednesday, 12 December 2012

HADITH MAKANAN YANG HALAL


HADITH (MAKANAN YANG HALAL)
Orang-orang yang beriman pasti akan selalu berusaha mendapatkan rezeki yang halal baik benda maupun caranya, agar perilakunya istiqamah dalam kebaikan.
Setiap orang beriman diperintahkan Allah SWT untuk senantiasa mengonsumsi makanan yang halal dan baik (mengandung gizi dan vitamin yang cukup). Dua hal tadi –makanan halal dan baik– di samping akan menyebabkan terjaganya kesihatan jasmani, juga akan semakin mendorong meningkatkan kualiti takwa dan syukur kepada Allah SWT.

Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram
1. Menjaga kesihatan badan
2. Memelihara kewarasan akal
3. Dimakbulkan doa
4. Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
5. Menjauhkan diri daripada seksa neraka
Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah ialah sebagai penyebab dimakbulkan doa
Syarat rukhsah memakan dan meminum makanan yang haram
1. Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja
2. Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
3. Makan atau minum bukan untuk kenyang
Hikmah rukhsah memakan dan meminum yang haram di dalam keadaan darurat
1. Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
2. Melambangkan ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.
Pengajaran hadith
1. Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan atau minuman yang halal dan bersih.
2. Wajib menghindari makanan atau minuman yang haram.
3. Allah tidak menerima doa hambaNya yang mengambil makanan atau minuman yang haram.
4. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sesuai.

Makanan Halal Dan Seimbang




Piramid Makanan Halal Dan Seimbang

Apakah dia Piramid Makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk 
merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan 
makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .


Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid 
Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Paras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
Paras 2

Buah-buahan dan sayur-sayuran
Paras 3

Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu
Paras 4

Lemak, minyak, gula dan garam


Tuesday, 11 December 2012

Akibat Memakan Benda-benda Haram




  •    Hati tertutup dari menerima hidayah Allah

  • Susah mendapat ilmu      pengetahuan
  •   Memudaratkan kesihatan badan  
  •    Memudaratkan kewarasan akal
  •    Mengotorkan hati
  •   Mudah dihasut / diperdaya oleh syaitan untuk melakukan maksiat

Hikmah Memakan Makanan Halal




  •   Mendapat  Hidayah & rahmat  dari Allah
  •  Mudah menerima ilmu pengetahuan
  •  Sihat jasmani, bersih rohani & akal cerdas
  •  Kehidupan di berkati & diredai Allah
  •  Membentuk  akhlak & tingkahlaku yang  baik 

Video Makanan Halal & Haram Dimakan


Tipu Daya Syaitan

Ciri-ciri Tipu Daya Syaitan
  • Menghalalkan Yang Haram dan Mengharamkan Yang Halal
  • Meninggalkan Perkara Yang Difardukan Allah S.W.T
  • Hidup Bermusuh-musuhan
  • Lalai Mengingati Allah
  • Bertindak Mengikut Hawa Nafsu

Makanan Yang Haram Dimakan


Ciri-Ciri Makanan Yang Haram



  •    Makanan yang dinyatakan haramnya dalam Al Quran atau Hadis

  Spt : Anjing,  babi, arak dll



  •  Makanan yg boleh memudaratkan kesihatan badan & kewarasan akal
 
 
  •  Binatang yang sembelih bukan kerana Allah 

Makanan Yang Halal Dimakan


Ciri-Ciri Makanan Yang Halal



  • Makanan yang tidak diharamkan dalam Al Quran atau Hadis

Spt : Binatang- lembu,kambing
        Tumbuhan- buah & sayur 

  • Makanan yg bersih, tidak memudaratkan kesihatan dan tidak merosakkan akal 


  • Binatang yang disembelih dengan nama Allah 

Monday, 10 December 2012

MAKSUD MAKANAN HALAL & HARAM


Maksud Makanan Halal ialah :
  •          Makanan  yg baik untuk kesihatan                                jasmani & rohani menurut Islam

  •         Makanan yang tidak diharamkan di dalam       
             Al-Quran Dan Hadith
 
Maksud Makanan Haram ialah :

  •  Makanan yang disebutkan dengan jelas di dalam Al-   Quran tentang pengharaman

  •  Makanan yang memudaratkan 

        kesihatan jasmani & rohani.